|
Apakah nama kempen ini?Mengapa kempen ini diadakan?
|
|
Ini adalah Kempen " Satu Suara : Satu Komuniti
Satu Persatuan " yang telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Dato' Sri
Ismail Sabri bin Yaakob pada 22 Mac 2009. Kempen ini disasarkan kepada golongan
muda dan belia , untuk mewujudkan persatuan mereka sendiri di dalam komuniti
masyarakat.
|
|
|
|
Adakah saya boleh menubuhkan persatuan sendiri?
|
|
Ya , betul tu . Kempen ini
memberi laluan kepada golongan belia untuk mewujudkan persatuan atau kumpulan
belia mereka sendiri. Bukan hanya kepada belia di bandar-bandar utama, tetapi
belia-belia di kawasan pekan dan pendalaman juga boleh menyertai kempen ini.
|
|
|
|
Saya masih tidak faham,apakah objektif utama kempen ini?
|
|
Kempen ini dilaksanakan dengan sasaran untuk memberi peluang kepada para belia.
Untuk membina persatuan mereka sendiri. Persatuan yang terbina , adalah
berdasarkan dari satu persamaan minat yang sama antara ahli.
|
|
|
|
Apakah objektif lain kempen ini?
|
Dengan tertubuhnya kempen ini , maka akan ada
penyertaan para belia untuk menyertai persatuan belia baru.
Manakala persatuan
yang sedia ada akan sentiasa aktif dengan penambahan ahli baru dan aktiviti
terkini.
|
|
|
|
Tujuan kempen ini ?
|
|
Kempen ini bertujuan penuh
untuk memberi laluan kepada penubuhan persatuan-persatuan baru , yang dinamik
dan bervariasi serta memenuhi citarasa belia masa kini. Secara mudahnya , dengan
penubuhan persatuan-persatuan ini , golongan belia akan bersatu sebagai satu
komuniti kecil yang mampu mendengar suara , permasalahan dan apa yang mereka
mahukan. |
|
|
|
Apakah perubahan yang akan dilakukan oleh persatuan belia ?
|
|
Dahulu jika disebut persatuan
belia , kita pasti akan membayangkan setiap ahli persatuan wajib mengenakan baju
batik dan berimej penuh skema. Ini adalah langkah pertama untuk memberi nafas
baru , dan mengubah persepsi umum terhadap imej belia dan persatuan di Malaysia.
Yang pastinya , semua ini tidak akan berubah , jika anda semua sebagai belia
tidak memberi sokongan terhadap kempen ini.
|
|
|
|
Bagaimana saya boleh menunjukkan sokongan terhadap kempen ini ?
|
|
Anda boleh memberi sokongan dengan menyebarkan
info mengenai kempen ini kepada jiran , kawan , saudara mara dan sebagainya
untuk menyertai kempen terbaru ini. Harapan kita, objektif untuk mengumpul
seramai 1 juta belia untuk menyertai kempen ini akan berjaya dengan sokongan
semua.
|
|
|
|
Berapa umur kumpulan sasaran untuk menyertai kempen ini?
|
Kumpulan sasaran utama bagi kempen ini ialah
golongan-golongan belia yang berumur 14 hingga 40 tahun.
Jadi jangan bimbang ,
peluang sentiasa ada . Dan pelbagai aktiviti dalam bermacam bidang dan minat
akan disediakan untuk anda semua.
|
|
|
|
Saya tidak berpengalaman dalam berpersatuan, bolehkah saya menyertai kempen ini?
|
|
Jangan risau , inilah masanya untuk kita mengajar diri dalam hidup berkomuniti.
Sudah tiba masanya untuk belia baru Malaysia , berani untuk menyahut cabaran
baru. Buangkan perasaan gusar atau malu. Katakan saya mampu bersuara , satu
komuniti ini adalah untuk saya dan semua. Jumpa kawan dan aktiviti baru untuk di
kongsi bersama. Jagan bosankan hidup dengan membuang masa . Inilah peluang untuk
kita membuktikan kita mampu menjadi ahli terhebat dalam satu komuniti
masyarakat. Sertailah mana-mana persatuan yang anda mahu , atau mulakan satu
persatuan yang baru.
|
|
|
Langkah 1 - Bukan susah - senang jerkkk
Langkah 2 - Apa yang anda minat ?? ( buat keputusan )
Langkah 3 - Cari sekurang-kurangnya 7 orang
Langkah 4 - Pilih nama persatuan
Langkah 5 - Hubungi ROY -> ( Portal Pejabat Pendaftaran Penubuhan Belia )
Langkah 6 - Insentif penubuhan persatuan baru ( RM 1000.00 )
|
|
|