About
TV Program - 'B'SPOT!
Sebuah program bual bicara bertajuk 'B'SPOT! untuk generasi belia baru Malaysia akan bersiaran di TV 9 bermula 21 April 2009 bersamaan hari selasa jam 10 malam.
Rancangan bual bicara ini akan memberi peluang kepada generasi belia baru untuk memberi pandangan serta pendapat berkaitan isu-isu nasional yang juga amat berkait rapat dengan generasi muda ini.
Seorang selebriti akan menjadi host dan bakal menjemput 2 hingga 4 orang untuk menjadi panel.Di akhir program ini penonton akan dipersembahkan dengan pelbagai persembahan yang menarik dari genarasi belia baru ini.
Mereka yang berminat untuk menyaksikan rakaman ini boleh hadir ke Mutimedia Universiti pada 9 hingga 12 April 2009 jam 1 petang.Masuk adalah percuma.
|